Kisah Hikmah, Pendayung Sampan
& Profesor
Suatu hari seorang profesor menyewa
sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan
lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana
dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia
lakukan.
Dengan tekun Profesor itu melakukan
tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi
kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku
catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan
tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang
mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akan
turun..”
“OK semua sudah siap mari kita
balik.” Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah
pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung
sampan.
“Dah lama kamu mendayung sampan?”
Tanya Profesor kepada pendayung sampan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab si
pendayung ringkas.
“Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak
tahu apa-apa selain mendayung sampan?” tanya Profesor itu lagi.
“Ya..”jawab pendayung sampan dengan
ringkas.
Profesor belum berpuas hati dengan
jawapan pendayung tua itu. “Kamu tahu Geografi?” Si pendayung menggeleng..
“Kalau begitu kamu hilang 25% dari
usia hidup kamu.” “Kamu tahu Biologi?”tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan
itu menggeleng lagi.
“Kasihan kamu telah kehilangan 50%
dari usia kamu.”
“Kamu tahu Fizik?” Profesor itu
masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.
“Sungguh kasihan kalau begitu kamu
telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu.
Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi,”
Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang
terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.
Selang beberapa minit kemudian hujan
turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki
terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu
bertanya, “Kamu tahu berenang?” Profesor hanya menggeleng.
“Sayang sekali kamu telah kehilangan
100% nyawa kamu.” Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor
yang angkuh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar